Thursday, January 7, 2010

Erti Persahabatan .

Persahabatan itu umpama berjuang dimedan perang,
Seandainya gugur,
namanya tidak akan luput dari ingatan,
Aku tidak takut akan kehilangan nyawaku demi negara,

Tapi aku cuma takut akan kehilangan seorang sahabat,
Aku tak takut walau berlumuran darah seluruh tubuhku,
Cuma yang aku takutkan, sahabat akan pergi meninggalkanku,
Biarlah aku pergi dulu sebelum kamu,

Sahabat tetap menjadi sahabatku selamanya,
Sahabat sejati sentiasa bersama,
Sentiasa ada waktu suka dan duka,
Sentiasa ada waktu jatuh dan bangun,

Tempat luah rasa segalanya.
Tiada istilah benci dalam persahabatan,
Kerana benci itu akar kepada dendam,
Tiada istilah kecewa dalam persahabatan,

Kerana kekecewaan hanya akan meleraikan ikatan persahabatan yang terjalin.
Bukannya mudah hendak menjalin sebuah ikatan persahabatan.
Sahabat sejati adalah segalanya.
Akur dan ikhlas serta jujur adalah asas persefahaman..

Setapak melangkah, kau disisiku,
Sejauh manaku berlari, kau mengejarku,
Sedalam manaku pendamkan diri, kau gali hingga ke dasar
Gugurku bukanlah penghabisan,

Gugurku bukan bererti persahabatan kita tamat,
Iannya hanya sementara dan tidak azali,
Sekiranya aku gugur dahulu,
Kita akan berjumpa dipintu abadi.

Walau dimanapun kita, sahabat tetap sahabat
Dan selamanya adalah sahabat,
Tiada seorang pun yang akan dan mampu mengubah erti sebuah persahabatan.
Sahabat akan bersama diwaktu susah,

Sama-sama berduka diwaktu sedih,
Sama-sama tersenyum diwaktu gembira.
Siapakah yang mampu melerai sebuah ikatan persahabatan yang telah terjalin..?
Kerana seorang sahabat tidak mudah percaya pada hanya kata nista,
Kerana sahabat tidak mudah goyah ikatannya hanya pada sebuah bicara dusta.


Peganglah sahabat kata-kata ini. :(

No comments:

Post a Comment